Saturday, 16 June 2012

ACCIDENT

Accident?
siapa yang accident?
haha,siapa lagi aku lah orangnya.

pada tanggal 15/6/2012,
hari Jumaat,
aku terserempak dengan kawan2 ku,
iaitu arif (bo),fazal,lokman (sekoi) dan arif (kodong)
masa nak pergi Masjid Jamek Al-Husna,Bandar Tenggara.
diorang ajak aku gerak Ar-Rahim petang nanti dalam pukul 3.15.
aku tak kisah.
aku pun join lah sekaki.

pukul 3.15.
diorang sampai kat rumah aku.
aku tak dapat bawak motor sebab abang aku guna.
jadi aku pun tumpanglah Bo.

dah sampai kat Ar-Rahim,
kitorang tak makan,minum air je.
pastu main gurau2 lah.
tapi yang peliknya,
fazal yang biasa suka gurau,
tiba2 kurang pulak gurauannya.
sebab dia ada rasa something yang akan berlaku nanti.

lepas minum,
kitorang gerak nak balik rumah lebih kurang pukul 5.
kitorang naik motor jalan sederet je,
start dari kodong,sekoi,fazal,last sekali barulah bo dengan aku
lepas tu fazal pergi kat sebelah sekoi
yang bo boleh pulak cucuk belakang sekoi.
fazal tak perasan kitorang kat belakang sekoi

lepas tu fazal tekan break depan sekoi
terkena kat tayar depan bo.
motor bo senget,pastu terseret.
perghhh,memang ngeri gile aku tengok bo terseret dengan kepala sekali.
aku cepat2 bangun pastu ambik selipar aku yang dah terpelanting jauh.
pastu pergi dekat dengan bo,
aku bangun kan dia.
dia cemas betul,asyik tanya je kepala ia darah ke tak.
kitorang cakap tak darah,
cuma melecet sikit je.

sekoi cakap "eii,bo! tangan kau!"
bila dia tengok,
perghhh!!
melecet sampai nampak putih.
jari dia lubang sikit sebab termasuk batu.
kaki dia lagi...

nasib baik aku tak teruk sangat.
luka kat tempat yang aku dah biasa kena masa main futsal.
kitorang terus hantar bo pergi rumah fazal.
berubat.
nak hantar dia pegi klinik dia tak nak.
takut.

Alhamdulillah.
sekarang dia dah ok sikit.

luka ni kat bahu kiri aku.
aku biasa dapat luka ni time main bola padang.

luka ni tak lah besar sangat.
tapi kesan dia mendalam.
nak tegakkan tangan pon susah.perit.
aku biasa dapat luka ni time main futsal.
main dive2

luka ni pon aku dah biasa kena.
time main futsal jugak.
ni kat lutut kaki kanan aku.
nak sujud sakit wooo.

ni luka kat kaki kanan,bahagian ibu jari aku.
dulu aku biasa lah kena.
time form1 and form 2,sebab main futsal tak pakai kasut.

sekian,terima kasih :)

Friday, 25 May 2012

CUTI !!!

Alhamdulillah
periksa pertengahan tahun dah habis.
dan cuti sekolah akan tiba.
aku dah bebas.
now i'm a free man..
jadi,apa yang perlu aku lakukan masa cuti sekolah ni?
cuti sekolah ni takde benda lain yang aku nak buat.
selama dua minggu ni,aku nak main futsal puas2.
start dari malam ni,pukul 10 sampai 2.30 pagi.
sambung pulak esok pagi dari pukul 7 sampai pukul 9.30.
sambung lagi petang pukul 5.15 sampai 6.45.
dan aku akan ulang selama dua minggu ni.
awesomee!!!

Ingatkan EURO 2012 start time cuti.
rupa2 nya 11/5/2012,time dah naik sekolah
arghh! tak kisah pon!!
aku nak tengok jugak.
go Spain!go Spain!

Saturday, 5 May 2012

Ya Allah.
Kau selamatkan lah keluarga ku dari sebarang kecelakaan.
Amin~

Hye!
sebenarnya aku ada dengar khabar angin mengatakan bahawa
budak seri pinang nak pijak abang aku.(taiko besar BT)
jangan main2 lah.
kau fikir dulu mana taraf kau.

kawan aku kat seri pinang tengah berbual
dengan kawan dia.
dia tanya,"kau kenal hassan tak?"
"kenal,kenapa"
"abang dia,razak taiko besar kat BT ni"
"ha'ah,tu aku tau"

tiba2 ade pulak mala'on ni masuk campur
"razak? razak dah nak kena pijak dah.
tu pun dengan budak2 aku"

wei! kau tu dah lah kecik!
pengaruh tak kuat.
kau sedar sikit yang abang kau tu pun orang yang selamatkan
kalau tak dah lama dia mampos!
aku dengar cerita,kau pun nak tarik aku?
agak2 lah.

kau jangan buat kepala kat sini.
apa taraf kau?
kalau aku kena tarik,abang aku tak teragak2 nak pukul kau!
jadi,sebelum apa2 terjadi kat kau,lebih baik kau taubat.
adik beradik gebang!

kau aim sana sini budak.
kau tarik sana sini budak.
kau tak tau kan yang budak2 ni tengah aim kau?
budak2 nie nak tarik kau?
tunggu masa jelah.

~l|l

Monday, 30 April 2012

Happy Birthday

30/4 = Isnin

seronok betul.
bangun pagi2 dah semangat nak pergi sekolah.
perhimpunan pagi pun rasa best je.
budak-budak nie nyanyi lagu negaraku,bangsa johor dengan lagu sekolah betul2 semangat.
tapi,lepas je habis kelas fizik,
syabil terus simbah dengan air.
nasib baik sempat elak sikit.
kena rambut je.
kalau tak.urmmm.

tengah hari.
balik sekolah mak belikan kek.
sambut dengan family.
dah habis makan,borak2 kejap.
tiba2 taufik datang pas2,Pushh!
pecahkan telur kat kepala aku.
haha.

petang
latihan drama.
buat persembahan depan budak2 kadet polis(p)
ok lah.
cuma budak2 nie komen pasal suara tak jelas sangat.
habis je drama,potong kek.
sambut birthday kat sekolah.
aku baru nak makan
si akmma datang n mulakan upacara sapu kek kat muka aku.
hoho.terima kasih.saya hargainya.
dah ramai2 ikut.
habis muka aku.
haha.

apa2 pun bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana aku masih lagi dapat hidup hingga
ke hari ini.Alhamdulillah.

Wednesday, 25 April 2012

Huarghh!!,macam mana nie?aku tak dapat nak wakil daerah kulai untuk lawan kat MSSJ.
Uda & Zai pon tak dapat.
yang dapat cuma hafiz arshid sorang je(wakil BT).
takpelah aku tak kisah pon.
sebab kalau aku dapat kena stay kat bandar putra seminggu.
sayik training je,belajar bile?
tak kisahlah tak dapat.
yang penting dapat pengalaman.

lepas je aku tersingkir dari bola,
faizam asyik nak aku masuk je kat KRS,
sebab KRS tak cukup budak.
besoknya nak bertanding.
aku pun kena lah hafal formasi 1-4.
dalam masa 3 jam aku dah berjaya hafal kesemuanya.
alhamdulillah.

petang tu cikgu anne kasi semua pakaian KRS yang lengkap kat aku.
lepas tu kitorang semua training kat dewan and buat persembahan
kat depan pasukan kadet polis (P),pandu puteri and team drama.

esoknya kitorang lawan kat smk kota kulai.
giliran aku yang ke 4.
masa dalam pukul 1 gitu lah.
kitorang dah buat yang terbaik tapi nasib tak menyebelahi kami.
kitorang dapat tempat ke-4 sebab pakai kasut kawad pengakap.
sepatutnya kena pakai but KRS.
takpelah.tak kisah pon.

*yang buat kan aku tak puas hati,camne Barca bley kalah
dengan chelsea? hadoiihh,nasib naik real madrid pon kalah dengan
bayern munich,lega sikit,tapi still kena tekan dengan budak2 nie.

Tuesday, 17 April 2012

J^2

Asalammualaikum.
hah!nak tau tak kenapa tajuknye macam tu?
haha.J kuasa dua.
pelik bukan?

sebenarnya J adalah singkatan bagi Johor.
Budak J!!
haha!!tu jelah yang aku dengar semua panggil aku.
dari form1 sampai form 5.

J yang pertama adalah bola sepak.
sukan kegemaran aku.
baru aje tadi aku mulakan latihan pusat kat smk sultan ibrahim
yang terpilih dari bt aku,emy,hafiz arshid n saravanan.
dari 17-24/4  latihan pusat.
27-30/4 pertandingan peringkat negeri.

J yang kedua adalah drama.
aku cuma watak sampingan je.
watak aku mudah tapi berat.
mudah sebab sikit je apa yang aku cakap
berat sebab nak menggayakan watak tu cara doktor.

dah boleh dapat dua sijil peringkat negeri.hohoho
mudah kan?

Thursday, 29 March 2012

Bola Sepak Bawah 18 Tahun

well,
sebenarnya cerita ni dah lama.
lambat nak tulis.
bola sepak SMKBT dapat tempat ke-3 peringkat daerah kulai.

peringkat separuh akhir,
SMKBT vs SMK Senai.
SMKKS vs SMKKB.

lawan pukul 8.30 pagi.
hari jumaat.
lawan di STARP.

kitorang memang buat bermati-matian.
main sampai penalti.

Alhamdulillah.
aku dapat pergi Johor
untuk training keeper.
aku dapat sebab dapat tepis bola penalti pada separuh masa kedua
yang dah memang conform masuk.

jurulatih tu cakap dengan aku suruh datang lepas habis bawah 15 lawan.
aku dengan hafiz arshid.

berbalik pasal lawan tadi,sekolah aku kalah sepakan penalti
7-8.
kecewa sangat-sangat.

lepas tu kitorang pergi tesco untuk relax-relax jap.
biasalah sampai tesco,takde benda lain nak buat,
lepas makan main game daytona.
haha.

lepas tu pergi mandi-mandi kat surau taman putri.
and then solat jumaat.

pukul tiga ada game untuk tempat ke3 dan ke-4.
semua siap-siap training.

SMKBT vs SMKKB
haha
aku tak boleh blah lepas semua dah masuk padang
lepas tu sekolah aku tak cukup pemain
10 orang je.
dah qamarul kena siap cepat-cepat.

kulai besar mendahului gol pertama
sebenarnya gol tu offside
well,kitorang pon main-main je.
haha.baru azroy marah time tu.

lepas tu emy sama kan kedudukan 1-1.
solo.
dia lepas 3 orang termasuk keeper

habis sudah masa pertama.
masa kedua hujan turun.
kitorang takde masalah.
sebab time hujan lah kekuatan team kitorang.

uda masuk pulak tu.
hah!
kena tandukan padu uda
2-1.

pastu semua mandi.
tengok perlawanan antara ks vs senai
senai gol dulu
bola mantul
(macam aku kena lawan sp)
tapi aku kena freekick
keeper sawit nie kena time senai cross.

lepas tu,
senai gol lagi.
dari corner,keeper terus masuk dalam gol

tapi corner senai memang bahaya
bola dia swing terus kat dalam gol
budak-budak ni cakap aku dapat pergi J sebab
dapat tahan bola corner dia.

haha.
lepastu habis
penyampaian hadiah

last sekali
paling perkara digemari oleh budak-budak ni
makan kat warung nasi lemak wak kentut.
haha

datang-datang je dah standby dah semua nya.
cukup berselera.
haha.

terima kasih cikgu.