Saturday, 16 June 2012

ACCIDENT

Accident?
siapa yang accident?
haha,siapa lagi aku lah orangnya.

pada tanggal 15/6/2012,
hari Jumaat,
aku terserempak dengan kawan2 ku,
iaitu arif (bo),fazal,lokman (sekoi) dan arif (kodong)
masa nak pergi Masjid Jamek Al-Husna,Bandar Tenggara.
diorang ajak aku gerak Ar-Rahim petang nanti dalam pukul 3.15.
aku tak kisah.
aku pun join lah sekaki.

pukul 3.15.
diorang sampai kat rumah aku.
aku tak dapat bawak motor sebab abang aku guna.
jadi aku pun tumpanglah Bo.

dah sampai kat Ar-Rahim,
kitorang tak makan,minum air je.
pastu main gurau2 lah.
tapi yang peliknya,
fazal yang biasa suka gurau,
tiba2 kurang pulak gurauannya.
sebab dia ada rasa something yang akan berlaku nanti.

lepas minum,
kitorang gerak nak balik rumah lebih kurang pukul 5.
kitorang naik motor jalan sederet je,
start dari kodong,sekoi,fazal,last sekali barulah bo dengan aku
lepas tu fazal pergi kat sebelah sekoi
yang bo boleh pulak cucuk belakang sekoi.
fazal tak perasan kitorang kat belakang sekoi

lepas tu fazal tekan break depan sekoi
terkena kat tayar depan bo.
motor bo senget,pastu terseret.
perghhh,memang ngeri gile aku tengok bo terseret dengan kepala sekali.
aku cepat2 bangun pastu ambik selipar aku yang dah terpelanting jauh.
pastu pergi dekat dengan bo,
aku bangun kan dia.
dia cemas betul,asyik tanya je kepala ia darah ke tak.
kitorang cakap tak darah,
cuma melecet sikit je.

sekoi cakap "eii,bo! tangan kau!"
bila dia tengok,
perghhh!!
melecet sampai nampak putih.
jari dia lubang sikit sebab termasuk batu.
kaki dia lagi...

nasib baik aku tak teruk sangat.
luka kat tempat yang aku dah biasa kena masa main futsal.
kitorang terus hantar bo pergi rumah fazal.
berubat.
nak hantar dia pegi klinik dia tak nak.
takut.

Alhamdulillah.
sekarang dia dah ok sikit.

luka ni kat bahu kiri aku.
aku biasa dapat luka ni time main bola padang.

luka ni tak lah besar sangat.
tapi kesan dia mendalam.
nak tegakkan tangan pon susah.perit.
aku biasa dapat luka ni time main futsal.
main dive2

luka ni pon aku dah biasa kena.
time main futsal jugak.
ni kat lutut kaki kanan aku.
nak sujud sakit wooo.

ni luka kat kaki kanan,bahagian ibu jari aku.
dulu aku biasa lah kena.
time form1 and form 2,sebab main futsal tak pakai kasut.

sekian,terima kasih :)

Friday, 25 May 2012

CUTI !!!

Alhamdulillah
periksa pertengahan tahun dah habis.
dan cuti sekolah akan tiba.
aku dah bebas.
now i'm a free man..
jadi,apa yang perlu aku lakukan masa cuti sekolah ni?
cuti sekolah ni takde benda lain yang aku nak buat.
selama dua minggu ni,aku nak main futsal puas2.
start dari malam ni,pukul 10 sampai 2.30 pagi.
sambung pulak esok pagi dari pukul 7 sampai pukul 9.30.
sambung lagi petang pukul 5.15 sampai 6.45.
dan aku akan ulang selama dua minggu ni.
awesomee!!!

Ingatkan EURO 2012 start time cuti.
rupa2 nya 11/5/2012,time dah naik sekolah
arghh! tak kisah pon!!
aku nak tengok jugak.
go Spain!go Spain!

Saturday, 5 May 2012

Ya Allah.
Kau selamatkan lah keluarga ku dari sebarang kecelakaan.
Amin~

Hye!
sebenarnya aku ada dengar khabar angin mengatakan bahawa
budak seri pinang nak pijak abang aku.(taiko besar BT)
jangan main2 lah.
kau fikir dulu mana taraf kau.

kawan aku kat seri pinang tengah berbual
dengan kawan dia.
dia tanya,"kau kenal hassan tak?"
"kenal,kenapa"
"abang dia,razak taiko besar kat BT ni"
"ha'ah,tu aku tau"

tiba2 ade pulak mala'on ni masuk campur
"razak? razak dah nak kena pijak dah.
tu pun dengan budak2 aku"

wei! kau tu dah lah kecik!
pengaruh tak kuat.
kau sedar sikit yang abang kau tu pun orang yang selamatkan
kalau tak dah lama dia mampos!
aku dengar cerita,kau pun nak tarik aku?
agak2 lah.

kau jangan buat kepala kat sini.
apa taraf kau?
kalau aku kena tarik,abang aku tak teragak2 nak pukul kau!
jadi,sebelum apa2 terjadi kat kau,lebih baik kau taubat.
adik beradik gebang!

kau aim sana sini budak.
kau tarik sana sini budak.
kau tak tau kan yang budak2 ni tengah aim kau?
budak2 nie nak tarik kau?
tunggu masa jelah.

~l|l

Monday, 30 April 2012

Happy Birthday

30/4 = Isnin

seronok betul.
bangun pagi2 dah semangat nak pergi sekolah.
perhimpunan pagi pun rasa best je.
budak-budak nie nyanyi lagu negaraku,bangsa johor dengan lagu sekolah betul2 semangat.
tapi,lepas je habis kelas fizik,
syabil terus simbah dengan air.
nasib baik sempat elak sikit.
kena rambut je.
kalau tak.urmmm.

tengah hari.
balik sekolah mak belikan kek.
sambut dengan family.
dah habis makan,borak2 kejap.
tiba2 taufik datang pas2,Pushh!
pecahkan telur kat kepala aku.
haha.

petang
latihan drama.
buat persembahan depan budak2 kadet polis(p)
ok lah.
cuma budak2 nie komen pasal suara tak jelas sangat.
habis je drama,potong kek.
sambut birthday kat sekolah.
aku baru nak makan
si akmma datang n mulakan upacara sapu kek kat muka aku.
hoho.terima kasih.saya hargainya.
dah ramai2 ikut.
habis muka aku.
haha.

apa2 pun bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana aku masih lagi dapat hidup hingga
ke hari ini.Alhamdulillah.

Wednesday, 25 April 2012

Huarghh!!,macam mana nie?aku tak dapat nak wakil daerah kulai untuk lawan kat MSSJ.
Uda & Zai pon tak dapat.
yang dapat cuma hafiz arshid sorang je(wakil BT).
takpelah aku tak kisah pon.
sebab kalau aku dapat kena stay kat bandar putra seminggu.
sayik training je,belajar bile?
tak kisahlah tak dapat.
yang penting dapat pengalaman.

lepas je aku tersingkir dari bola,
faizam asyik nak aku masuk je kat KRS,
sebab KRS tak cukup budak.
besoknya nak bertanding.
aku pun kena lah hafal formasi 1-4.
dalam masa 3 jam aku dah berjaya hafal kesemuanya.
alhamdulillah.

petang tu cikgu anne kasi semua pakaian KRS yang lengkap kat aku.
lepas tu kitorang semua training kat dewan and buat persembahan
kat depan pasukan kadet polis (P),pandu puteri and team drama.

esoknya kitorang lawan kat smk kota kulai.
giliran aku yang ke 4.
masa dalam pukul 1 gitu lah.
kitorang dah buat yang terbaik tapi nasib tak menyebelahi kami.
kitorang dapat tempat ke-4 sebab pakai kasut kawad pengakap.
sepatutnya kena pakai but KRS.
takpelah.tak kisah pon.

*yang buat kan aku tak puas hati,camne Barca bley kalah
dengan chelsea? hadoiihh,nasib naik real madrid pon kalah dengan
bayern munich,lega sikit,tapi still kena tekan dengan budak2 nie.

Tuesday, 17 April 2012

J^2

Asalammualaikum.
hah!nak tau tak kenapa tajuknye macam tu?
haha.J kuasa dua.
pelik bukan?

sebenarnya J adalah singkatan bagi Johor.
Budak J!!
haha!!tu jelah yang aku dengar semua panggil aku.
dari form1 sampai form 5.

J yang pertama adalah bola sepak.
sukan kegemaran aku.
baru aje tadi aku mulakan latihan pusat kat smk sultan ibrahim
yang terpilih dari bt aku,emy,hafiz arshid n saravanan.
dari 17-24/4  latihan pusat.
27-30/4 pertandingan peringkat negeri.

J yang kedua adalah drama.
aku cuma watak sampingan je.
watak aku mudah tapi berat.
mudah sebab sikit je apa yang aku cakap
berat sebab nak menggayakan watak tu cara doktor.

dah boleh dapat dua sijil peringkat negeri.hohoho
mudah kan?

Thursday, 29 March 2012

Bola Sepak Bawah 18 Tahun

well,
sebenarnya cerita ni dah lama.
lambat nak tulis.
bola sepak SMKBT dapat tempat ke-3 peringkat daerah kulai.

peringkat separuh akhir,
SMKBT vs SMK Senai.
SMKKS vs SMKKB.

lawan pukul 8.30 pagi.
hari jumaat.
lawan di STARP.

kitorang memang buat bermati-matian.
main sampai penalti.

Alhamdulillah.
aku dapat pergi Johor
untuk training keeper.
aku dapat sebab dapat tepis bola penalti pada separuh masa kedua
yang dah memang conform masuk.

jurulatih tu cakap dengan aku suruh datang lepas habis bawah 15 lawan.
aku dengan hafiz arshid.

berbalik pasal lawan tadi,sekolah aku kalah sepakan penalti
7-8.
kecewa sangat-sangat.

lepas tu kitorang pergi tesco untuk relax-relax jap.
biasalah sampai tesco,takde benda lain nak buat,
lepas makan main game daytona.
haha.

lepas tu pergi mandi-mandi kat surau taman putri.
and then solat jumaat.

pukul tiga ada game untuk tempat ke3 dan ke-4.
semua siap-siap training.

SMKBT vs SMKKB
haha
aku tak boleh blah lepas semua dah masuk padang
lepas tu sekolah aku tak cukup pemain
10 orang je.
dah qamarul kena siap cepat-cepat.

kulai besar mendahului gol pertama
sebenarnya gol tu offside
well,kitorang pon main-main je.
haha.baru azroy marah time tu.

lepas tu emy sama kan kedudukan 1-1.
solo.
dia lepas 3 orang termasuk keeper

habis sudah masa pertama.
masa kedua hujan turun.
kitorang takde masalah.
sebab time hujan lah kekuatan team kitorang.

uda masuk pulak tu.
hah!
kena tandukan padu uda
2-1.

pastu semua mandi.
tengok perlawanan antara ks vs senai
senai gol dulu
bola mantul
(macam aku kena lawan sp)
tapi aku kena freekick
keeper sawit nie kena time senai cross.

lepas tu,
senai gol lagi.
dari corner,keeper terus masuk dalam gol

tapi corner senai memang bahaya
bola dia swing terus kat dalam gol
budak-budak ni cakap aku dapat pergi J sebab
dapat tahan bola corner dia.

haha.
lepastu habis
penyampaian hadiah

last sekali
paling perkara digemari oleh budak-budak ni
makan kat warung nasi lemak wak kentut.
haha

datang-datang je dah standby dah semua nya.
cukup berselera.
haha.

terima kasih cikgu.

Thursday, 22 March 2012

Bola Sepak Bawah 18 Tahun

akhirnya perlawanan telah pon tiba.
perlawanan bola sepak bawah 18 tahun yang berlangsung di SMK Bandar Tenggara 2 kian tiba.
aku tak percaya aku dapat main jadi keeper utama.
semua orang dalam team aku berharap yang terbaik untuk aku.

well,perlawanan pertama menentang SMK Seri Pinang.
akutak percaya yang gol pertama SP begitu mudah.
"LEMAS"
bola free kick farid melantun dan masuk.
aku terkaku.

aku meminta maaf kepada rakan-rakanku atas kesilapanku.
aku hanya brusaha,berdoa dan bersalawat di atas padang.

akhirnya,Bandar Tenggara menang menentang SP 4-1.
aku bersyukur kepada Allah S.W.T.

pada sebelah petang,aku diturunkan lagi untuk menentang BT2.
aku telah berusaha setakat mana yang boleh,
namun,apabila aku cuba menahan sepakan apis kudin...
aku gagal!!
aku secara tiak sengaja menepis bola itu ke dalam gawang gol.
tapi itu ada kena-mengena dengan bahagian defender juga.
mereka telah membuka ruang untuk apis kudin.

setalah menahan bola tersebut,
aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan tangan kiriku di bahagian pergelangan.
aku rasa seperti terkehel.
dan itu memang benar.
aku hanya berharap kepada Allah supaya tiada apa2 yang terjadi pada tangan ku.

separuh masa pertama tamat.
aku meminta kebenaran cikgu untuk menggantikan Arif ali ditempatku.
aku membuka glove ku...
tanganku menggigil sepanjang masa..

pada sebelah malam.
aku melatakkan ais dan menyapukan ubat pada tanganku.

keesokkannya,iaitu hari rabu,
aku tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang SSA.
Arif ali menggantikan tempatku.

habis separuh masa pertama aku cuba berlatih sama ada tanganku sudah elok atau belum.
semua harapan terletak pada ku untuk perlawanan pada petang itu,
iaitu peringkat suku akhir di taman putri.

Alhamdulillah.
tanganku sudah pulih sedikit.

namun...
sekolahku tewas ditangan SSA 2-1
tapi tidak mengapa.
sekolahku tetap juara kumpulan.
kami sama mata dengan SSA yang membezakannya adalah jaringan.

pada sebelah petang sebelum perlawanan bermula kami berehat di masjid BT.
selepas itu kami pergi ke TESCO.
aku tidak melakukan apa2 selain berehat di kerusi urut Ogawa.
begitu juga dengan yang lain.
mereka juga melakukan aktiviti yang lain di tesco

kami sampai dahulu dan menyaksikan perlawan suku akhir,
antara SSA menentang sekolah sepupu ku Kelapa Sawit.
SSA dibelasah 3-0

kami memanaskan badan sementara menunggu lawan kami
"BANDAR PUTRA"
bandar putra menjadi johan tahun lepas setelah mengalahkan sekolahku 3-0
pada final.

dan kali ini aku bermain sebagai keeper utama.
cikgu menurunkan skua terkuat BT.

GK-Aku

DF-macha,fazreen,azam,daniel

MF-kamal,azroy,emy,faizam

ST-apis,uda

Syukur kepada Allah S.W.T.
kerana kami telah menang menentang BP 2-0
hasil jaringan apis kedua2 gol tersebut
dan kami tetap berjuang walaupun ramai yang injured termasuk aku.

hari khamis aku cuti.

hari jumaat.
jam 8 pagi.
berlangsung di STARP.
SMKBT melangkah ke separuh akhir menentang musuh yang mengalah kan b-18 tahun lepas
di peringkat suku akhir.
"SMK SENAI"
tunggu kami.
kami akan berjuang habis-habisan untuk mengharumkan nama sekolah

"ALLAHU AKBAR"

Monday, 5 March 2012

UK 1

tadi uk 1 dah mula
bm-senang
sejarah-adoiaii
kimia-bolehlah
agama-senang

Sukan

astaghfirullah.
dua hari aku demam,muntah-muntah.
rabu & khamis
dah tak dapat masuk olahraga.

:(

Sunday, 26 February 2012

Futsal

Futsal Pinang Merah telah siap.

Bersedia untuk bermain di sana.

^_^

Ceramah

Asalammualaikum.
hah,sekarang ni aku nak cerita pasal tadi pagi.
aku,din,paci,boboy n zikry ikut cik Rozie untuk ceramah agama.

Alhamdulillah.
kerana kami ini semua telah terpilih untuk mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.
masing-masing sangat tekun mendengar ceramah tersebut.

Insyaallah.
kalau diberi peluang,kami semua akan keluar 3 hari pada 10,11 & 12/3/2012.
dan jika kami masih diberi peluang lagi,kami berazam untuk keluar selama 40 hari
pada bulan November ini.

Amin.

Saturday, 25 February 2012

Kemas Kelas

6.00 a.m.-Bangun pagi.
                Gosok gigi,mandi,berwuduk.

6.10 a.m.-Pakai baju.
                Solat Subuh.

6.20 a.m.-Online kejap
                
6.25 a.m.-Dengar lagu

7.00 a.m.-Beli sarapan

7.15 a.m.-Sambung balik dengar lagu

8.00 a.m-Hisyam datang.
               Pergi sekolah.

8.30 a.m.-Terjumpa Aiman Muzakir dan Dhiyauddin.
                Bual-Bual.
                Suruh Aiman ajar lompat tinggi.
                Jumpa Cikgu Aidil suruh buka stor sukan.
                Buat latihan.

10.00 a.m-Siap latihan.
                 Makan kat Ar-Rahim.
                 Dengan Emy.

10.45 a.m-Masuk gym.

11.10 a.m-Cat kelas

1.30 p.m.-Balik.

TAMAT.

Latihan Goalkeeper

wah betul punya training lah cikgu Aime kasi.

dia train aku,arif ali,dengan bon,sampai masing-masing nak termuntah.

takpe lah.kata nak juara.

lepas tu,latihan wing vs defender dengan main kucing.

barulah main bola.

kesudahannya,seri 1-1

^_^

Thursday, 23 February 2012

Olahraga

Lompat Tinggi

Lompat Jauh

Lompat Kijang

#huh,aku tak yakin boleh dapat pingat kat daerah ni,kat sekolah boleh lah

Tuesday, 21 February 2012

Bola Sepak vs Olahraga

datang pukul 3.50,teman farhan buat cash deposit kejap.
lepas tu datang hajat nak tengok budak-budak choral speaking buat latihan.
latihan bola start pukul 4.30 (kata cikgu aidil masa mula-mula)
cikgu aidil nak pergi main polo bike dengan budak-budak polo kat depan petronas.
takpe lah kan start lambat sikit.

lepas tu kitorang nampak macam classmate kitorang kat kantin.
kitorang pon lepak-lepak r kejap kat situ.
budak-budak tu ada latihan bahas dengan pidato.
lepas tu cikgu haniss pulak datang.

"hassan,saya dengar awak boleh tiru gaya orang,"
haha,kata cikgu dengan tenang.

aku pon segan r nak tiru,bebudak ni suruh aku tiru suara pengetua,
hah!! malas aku.segan.

"kau reti segan ke hassan?"
balas syafiq dengan penuh keyakinan.^_^

so,budak-budak tadi pergilah buat latihan bahas dengan pidato.
tengah sedap-sedap borak dengan paan,cikgu pulak panggil
suruh bahas.aku dahlah tak tau ape-ape.lenjan je lah.
tapi sebelum tu aku dah cakap dengan cikgu yang aku tak nak masuk bahas.
ok lah.cikgu tak kisah.aku cakap lah dengan penuh semangat.
haha.diorang gelak,pastu cakap habis kalah terus kalau macam ni. :p

lepas tu nampak ruzaimi datang.
kitorang pon pergi r belakang bilik seminar nak port-port kejap.
zai cakap dengan aku,lupe nak bawak stokin.
so aku teman die pergi cari merata tempat.
terjumpa pulak cikgu ruziah
dia suruh tolong angkat bola petanque.

nak angkat terserempak dengan cikgu aidil.
suruh aku pergi latihan olahraga pulak.
aku ingat dah tak terpilih sebab dah lama tak datang latihan.
main lah 4x100 meter dua kali,dua-dua menang.
4x400 meter pon menang tapi,heh,,pancit.

kesian budak-budak bola.
penat-penat datang cikgu takde.
borak lah cikgu,kata nak test keeper.,puihh :D



#lompat tinggi ade  tak cikgu?
 ade.
huh.nasib baik ade,kalau tak aku tak nak masuk olahraga.
:D

Friday, 17 February 2012

Training

haha,semalam training bola sepak time hujan2.
tak seronok sebab ramai yang tak datang latihan
main kat padang kecik aje (",)
seri dengan team kamal 3-3,
tapi team aku menang menerusi sepakan penalti 2-1,
aku lah penyelamatnya,hohoho,(ceh,belagak pulak)
sebelum tu dalam pukul 4.45,tengah training,haiyaa,hujan pulak,
kitorang sebenarnya tak kisah pun,kata nak juara kan tahun ni,
si cikgu Aidilnye naik borak2 dengan si cinta dekat tempat redup pulak tu,amboihh,haha,
haha yang aku tak boleh blah,si uda pergi jerit dari bawah
"macam mana nak juara tahun ni,BT training takde coach,"
yang aku berdekah bila dia jerit,
"orang lain kat bawah basah sebab hujan,dia basah kat atas sebab melekit,"
haha,

lepas tu baru cikgu aidil suruh semua naik,sebab hujan lebat,
dia suruh semua pergi gym.

1st dia suruh semua kuatkan otot peha
aku mula-mula rasa macam tak boleh sebab aku masih injured kat peha,
tapi bila aku buat,owhh,tak rasa sakit sangat lah,

2nd dia suruh angkat berat,enjut 10 kali
hehe yang ni senang.aku tak kisah

lastly dia suruh dia suruh bergayut dan jejak kan dagu kat tempat kita bergayut tu
sebanyak 10 kali jugak.
aku paling suka part ni,haha :D
aku pun tak tahu kenapa aku suka part ni,

hujan pun dah reda sikit-sikit,
semua turun balik kat padang untuk training.
sekarang diorang kena test shot kat keeper(aku dengan arif ali lah keepernya)
seronok,
dapat dive,flying,haha

pastu baru main padang kecik
bagi-bagi team.

my team:

goalkeeper-akulah (hassan)

defender-azam,fazreen (bedol)

midfielder-azroy,cikgu ahmad nazri

striker-hafiz arshid,uda


opponent team:

goalkeeper-arif ali

defender-farhan,kamal

midfielder-emy

striker-zai,cikgu aidil


#dahlah aku sakit kat peha,pastu terlanggar dengan kamal,lutut pulak sakit,
takpe r,bukan nye sakit sangat pon lebam je :D

Saturday, 11 February 2012

Bola Sepak Bawah 18 Tahun

Hari Jumaat dengan hari ni pemilihan pasukan bawah 18 tahun.Aku dah dapat jadi keeper,tapi simpanan jelah,..^_^...aku kena berusaha untuk masuk bawah 18 ni.tinggal 50-50 je harapan aku,nak kena lawan dengan Fakrul Iman a.k.a Bon.Kali ni lawan still kat tempat yang sama iaitu SMK Bandar Tenggara 2.

Kasut Ku

                                                                        Umbro SX(2011-sekarang)
                                                                  Line Seven(2011-2012)
                                                                  Nike Total 90(2012-sekarang)
                                                              Puma V5-11(2012-sekarang)
                                                         Puma (2009-2011)
                                                      Adidas (2009-2011)

                                                          Nike (2010-2012)


                    Kalau Korang nak tau,ni lah kasut yang aku gunakan untuk bermain bola sepak dan futsal

Thursday, 9 February 2012

Rumah Sukan

Aku dapat rumah Tuah??haha,daripada rumah Lekir jadi Rumah Tuah.takpe,takpe..aku akan jadikan rumah Tuah ni JUARA..kat dalam rumah Tuah ni pon aq masuk bolasepak.hurmm,dah bnyak aq dapat pengalaman dari rumah Lekir..x pelah,bukan aku sorang yang kena tukar..tapi satu sekolah..:D

Tuesday, 31 January 2012

4 Baiduri

Astaghfirullah,.apa nak jadi lah dengan kelas 4 sains sekarang ni,,masing-masing dah pindah sekolah,ada yang baru pindah seminggu,tapi masuk balik,haha,dah jadi bahan,lelaki kelas aku memang betul-betul dah nak pupus,yang tinggal cuma gentleman jer..haha.

Syabil-salah sorang kawan baik aku,budak 77,haha,aku 36.,x kisahlah,sama-sama kongsi ma..geng aku yang sama-sama berjuang dengan aku untuk mengubah suasana kelas menjadi ceria.Dia dah pindah bt2 hari ni.

Dhiyauddin-geng bahagian defend aku,mungkin setiap petang jelah aq dapat jumpa dia sebab dia pon dah pindah bt2 hari ni,dah x de lah permusuhan 'El Classico'..

Hurmm,,sampai sini je kot pasal kelas aku,lagipun aku dengar cerita yang nanti kelas akan dirombak balik,ok jugak,haha,ade geng baru.

Saturday, 21 January 2012

JOHOR FC

baru je selesai saringan pertama pemilihan kelab untuk pelapis Johor FC.
Alhamdulillah.
Lepas ni kena datang kat padang sayong setiap hari Khamis,pukul 4 petang.
kena buat betul-betul ni

Tuesday, 17 January 2012

MERENTAS DESA

huh,sungguh memenatkan,8 km,mula dari smkbt 2,lalu jalan kubur,pastu lalu kat sibol dan kemudian kat bt2 balik,,kaki aq sebelah kiri betis yang sakit,sebelah kanan pulak bahagian peha,,dapat nombor 43,,huh,pasni nak pergi untuk pemilihan wakil bola sepak kelab johor fc.

Sunday, 15 January 2012

w0w,seronok betol tadi laihan merentas desa,latihan kat tasik,dua kali set,setiap set ade 5 kali round,round pertama aku hampeh,tapi round kedua..alhamdulillah,,masih boleh speed

Thursday, 12 January 2012

Alhamdulillah,aq dah pon kmbali mnjd keeper yg cekap,trime kasih kpd rkn bhgian defend aq dhiyauddin sbb slalu kte aq dh mcm 'taik' ble jdi keeper,sbnrnye dye kte cam2 sbb nak naikkan smangat aq,so,aq kna brusaha ntok mngelakkan org kte kt aq cam2,sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T.,yang lemah itu datangnya dari aku sendiri,,

Tuesday, 10 January 2012

dri 9-17/1/2012,,aq kna buat latihan merentas desa ntok peringkat daerah,,18hb plak brtanding,,pas2 rehat 2 hari,,smbong ary sabtu pemilihan ntok bolasepak wakil kelab johor,,ALLAHHU AKBAR..

Saturday, 7 January 2012




kawan2 baik aq,,kitorang sume 1 kpala,,tp 2 lah pasal,,dh form 4 nie,,len2 klas,,yg tinggal cume aq ,emy dgn naim je,,kamal dgn asri dkt rc,,tp,..we're still friend 4 ever!!!
6/1/2012,,tarikh tu lah aq abis orientasi.,,aq pon dpt klas sains,,tp aq x nk amek fizik dgn biologi,,aq nk amek perdagangan dgn lukisan kejuruteraan.!!

Sunday, 1 January 2012

wOw!! tdi amek pic dgn team JPK FC.haha,, sronok btol lah,,msing2 pkai jersey,,wah mmg cantek,